Tiada definisi universal yang dipersetujui dalam merungkai maksud ucapan kebencian, begitu juga dengan istilah ucapan kebencian yang  dikodkan dalam undang-undang antarabangsa. Dalam mengkaji definisi ucapan kebencian daripada pelbagai  institusi, ARTICLE 19 telah mengenal pasti bahawa istilah untuk  merangkumi mana-mana ekspresi menyampaikan pendapat atau idea - membawa pendapat atau idea dalaman kepada khalayak luar.

Diterjemahkan oleh Mariah Doksil. (Sumber: ARTICLE 19)

llustrasi oleh Alanis Mah (_alanismah_)

Tiada definisi universal yang dipersetujui dalam merungkai maksud ucapan kebencian, begitu juga dengan istilah ucapan kebencian yang  dikodkan dalam undang-undang antarabangsa.  

Dalam mengkaji definisi ucapan kebencian daripada pelbagai  institusi, ARTIKEL 19 telah mengenal pasti bahawa istilah untuk  merangkumi mana-mana ekspresi menyampaikan pendapat atau idea – membawa pendapat atau idea dalaman kepada khalayak luar.  

Ucapan kebencian boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, termasuk  bertulis, bukan lisan, visual, artistik, dsb, dan boleh disebarkan melalui  mana-mana media, termasuk internet, cetakan, radio atau televisyen. 

Di Malaysia, kumpulan minoriti, termasuk minoriti etnik dan agama,  migran, dan komuniti LGBTQ+ paling kerap menjadi mangsa ucapan  kebencian. Pada masa yang sama, istilah ucapan kebencian sering  diperalatkan oleh kumpulan majoriti untuk mendiamkan ekspresi  yang dilindungi di bawah undang-undang antarabangsa, termasuk  ungkapan yang mungkin menyinggung perasaan. 

Manakala, individu dan kumpulan yang tidak terlibat dalam ucapan  kebencian tetapi bersuara menentang kerajaan, pegawai kerajaan atau  agama sering dihukum, manakala, perbezaan pendapat politik akan didiamkan. 

Mengenal pasti ucapan kebencian mempunyai dua akibat yang bermasalah: 

  1. Ucapan yang sepatutnya dilindungi di bawah piawaian  antarabangsa adalah dihadkan atau dijenayahkan, dan 
  2. Ucapan kebencian yang sepatutnya dilarang adalah tidak dilarang. Akibatnya, adalah penting untuk membezakan antara ucapan yang  dilindungi oleh undang undang antarabangsa dan ucapan yang boleh  mencetuskan keganasan dan mesti dilarang. 

Kebebasan bersuara di bawah Undang-undang Antarabangsa 

Mengenal pasti sesebuah ekspresi sebagai ucapan kebencian tidak  cukup untuk menentukan bagaimana ia mesti ditangani di bawah  undang-undang antarabangsa. Di bawah undang undang antarabangsa,  ucapan kebencian boleh dikategorikan kepada tiga kategori besar: 

Ucapan yang mesti dilarang: Ucapan kebencian yang sama  dengan hasutan diskriminasi, permusuhan atau keganasan mesti  dilarang di bawah Perkara 20(2) Konvensyen Antarabangsa  menganai Hak Politik dan Sivil (ICCPR) yang menyatakan  bahawa “Sebarang advokasi kebencian negara, kaum atau  agama yang merupakan hasutan kepada diskriminasi,  permusuhan atau keganasan hendaklah dilarang oleh undang undang.”

  1. Ucapan kebencian yang sama  dengan hasutan diskriminasi, permusuhan atau keganasan mesti  dilarang di bawah Perkara 20(2) Konvensyen Antarabangsa  menganai Hak Politik dan Sivil (ICCPR) yang menyatakan  bahawa “Sebarang advokasi kebencian negara, kaum atau  agama yang merupakan hasutan kepada diskriminasi,  permusuhan atau keganasan hendaklah dilarang oleh undang undang.” 

Pelan Tindakan Rabat mengenai larangan advokasi kebencian  negara, kaum atau agama yang membentuk hasutan kepada  diskriminasi, permusuhan atau keganasan telah diterima pakai pada  tahun 2012 dan termasuk kesimpulan dan cadangan untuk  memerangi ucapan yang melanggar Perkara 20 ICCPR. Ujian 6 faktor daripada Pelan Tindakan Rabat menentukan sama  ada ucapan berada di bawah kategori pertama ini atau tidak.  Faktor-faktor ini termasuk: 

  • Sama ada konteks sosial dan politik yang kondusif kepada  keganasan – Pengaruh si penutur 
  • Niat si penutur untuk menghasut keganasan 
  • Isi dan bentuk ekspresi 
  • Tahap keterukan ekspresi 
  • Kemungkinan berlakunya keganasan, diskriminasi atau  permusuhan berlaku sebagai akibat langsung daripada ekspresi tersebut

Sekatan ke atas ekspresi di bawah Perkara 20(2) ICCPR juga mesti  memenuhi undang undang, mempunyai matlamat yang sah, dan  perlu dan berkadar di bawah Perkara 19(3) ICCPR. 1 

Ucapan yang mungkin dilarang: Bentuk ucapan kebencian  lain, termasuk ancaman keganasan, gangguan dan serangan  mungkin dilarang selagi sekatan yang melarang mereka  memenuhi ujian 3 bahagian di bawah Perkara 19(3) ICCPR. Ucapan tersebut mestilah: 

  • Diperuntukkan oleh undang-undang; 
  • Dalam mengejar matlamat yang sah; dan 
  • Mesti perlu dan seimbang dalam masyarakat demokratik

Ucapan sah yang mesti dilindungi daripada sekatan: Semua bentuk ekspresi selain yang disebutkan diatas harus dilindungi.  Expresi yang mungkin menyinggung perasaan dengan  mendalam tetapi tidak memenuhi kriteria di atas tidak boleh  dihadkan di bawah undang-undang antarabangsa. Ini termasuklah menghujat; ekspresi menentang negara dan  pegawai awam; dan fitnah. 

Melawan ucapan kebencian di Malaysia 

Membanteras ucapan kebencian di Malaysia memerlukan  pendekatan pelbagai pihak yang termasuk: 

  • Kerajaan 
  • Badan bukan kerajaan, iaitu sektor swasta, CSO 
  • Kumpulan agama 
  • Sektor dalam talian, iaitu syarikat dan pengguna media sosial • Belia dan pelajar 
  • Parti politik 
  • Ahli politik 
  • Wanita
  • Golongan minoriti 
  • Media

Resolusi Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa  Bersatu (PBB) 16/18 telah diterima pakai pada tahun 2011 dan  menangani “penentangan toleransi, stereotaip negatif dan  stigma, diskriminasi, hasut keganasan dan keganasan terhadap  orang berdasarkan agama atau kepercayaannya”.2  

Resolusi berkenaan menyediakan panduan yang berguna untuk  negara, khususnya tentang cara menangani ekspresi yang tidak  boleh disekat. 

Daripada Resolusi ini, lapan bidang tindakan telah dikenal pasti  dan disokong melalui cadangan daripada Pelan Tindakan Rabat,  bagi membentuk asas kepada cadangan praktikal berikut untuk  kerajaan Malaysia melawan ucapan kebencian: 

1. Wujudkan rangkaian kerjasama untuk membina  persefahaman bersama, menggalakkan dialog dan memberi  inspirasi kepada tindakan membina dalam pelbagai bidang 

  • Daripada terus-menerus menyekat ekspresi untuk  memerangi ucapan kebencian yang boleh melampaui batas  yang terlalu meluas dan pencabulan hak kebebasan  bersuara, Resolusi menggesa negara untuk menggalakkan  perbincangan terbuka dan perbezaan pendapat. Ini boleh  dilakukan dengan mengambil tindakan berikut: 
  • Menjalinkan hubungan dengan pemimpin agama dan  polis untuk membina kepercayaan.3 
  • Menyokong dialog dan interaksi antara agama.4
  • Membentuk dan mengekalkan perkongsian dengan  organisasi antarabangsa termasuk PBB dan ASEAN untuk  menggalakkan kebebasan bersuara dan menentang ucapan  kebencian, termasuk dengan terus mengadakan perbincangan meja bulat dengan Ahli-Ahli Parlimen 
  • Mengenai kebebasan bersuara, ucapan kebencian dan  peraturan internet di Malaysia, melibatkan CSO dan pakar.
  • Memberi komitmen untuk penglibatan jangka panjang  dalam Proses Istanbul. Proses Istanbul ialah satu siri  
  • Mesyuarat antara pihak berkepentingan untuk membincangkan amalan yang terlibat dalam melaksanakan  Resolusi 16/18.5 

2. Wujudkan mekanisme dalam kerajaan untuk mengenal pasti  dan menangani kawasan yang berpotensi menimbulkan  ketegangan antara ahli komuniti agama yang berbeza, dan  membantu dengan pencegahan konflik dan pengantaraan 

  • Bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan akan  memastikan usaha pencegahan dan pengantaraan konflik  membuahkan hasil. 

3. Melatih pegawai kerajaan 

  • Pastikan pegawai kerajaan boleh membezakan antara ekspresi  yang dilindungi di bawah undang-undang antarabangsa dan  ucapan kebencian yang mesti dihadkan. 
  • Pastikan latihan dijalankan oleh atau melibatkan CSO atau  pakar yang mempunyai pemahaman yang kukuh tentang  piawaian kebebasan bersuara antarabangsa. 

4. Menggalakkan usaha pemimpin untuk membincangkan  dalam komuniti mereka punca diskriminasi, dan mengembangkan strategi untuk mengatasinya 

  • Menggalakkan pemimpin agama untuk melaksanakan Pelan  Tindakan Fez PBB dan untuk memanfaatkan peranan mereka yang  berpengaruh dalam komuniti. Proses Fez ialah satu siri mesyuarat  yang diadakan oleh Pejabat PBB mengenai Pencegahan Genosid  dan Tanggungjawab Melindungi pada tahun 2015 yang melibatkan pemimpin agama di seluruh dunia dengan matlamat untuk  mencegah hasutan kepada keganasan. Pelan Tindakan Fez adalah hasil daripada Proses Fez.6 
  • Menyediakan perlindungan yang diperlukan untuk pemimpin  agama yang berisiko untuk bersuara menentang sikap tidak  bertoleransi.7

5. Bersuara menentang sikap tidak bertoleransi

  • Mendesak pegawai kerajaan untuk menggunakan platform  mereka untuk menggalakkan toleransi, dan bukannya mengulangi retorik berbahaya. 
  • Galakkan parti politik menandatangani piagam atau garis  panduan untuk masyarakat yang tidak rasis dan bertolak ansur. Contoh: Charter of European Political Parties for a non-racist  society; 

6. Mengguna pakai langkah untuk menyekat advokasi  kebencian diskriminasi yang membentuk hasutan kepada  diskriminasi, permusuhan atau keganasan.  

  • Sekatan jenayah perlu wajar, berkadar, dan digunakan sebagai  pilihan terakhir.8

7. Memerangi penghinaan dan stereotaip agama negatif  terhadap seseorang melalui pendidikan dan pembinaan  kesedaran 

  • Membangunkan kurikulum sekolah awam untuk memasukkan  pengajaran tentang agama dan kepercayaan dengan cara yang  menggalakkan pendekatan inklusif dan hormat-menghormati.9 

8. Menyedari bahawa perbahasan idea yang terbuka, membina  dan menghormati memainkan peranan positif dalam  memerangi kebencian agama, hasutan dan keganasan

Rangka kerja undang-undang yang menghormati hak kebebasan  bersuara adalah cara terbaik untuk memastikan perbahasan yang  membina dapat dilakukan. Di Malaysia, ini memerlukan tindakan berikut: 

  • Memansuhkan Akta Hasutan 
  • Memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. 
  • Memperbaharui Kanun Keseksaan, termasuk dengan menangani  peruntukan bermasalah berikut: 
  • Seksyen 203A Kanun Keseksaan (berkaitan pendedahan  maklumat) 
  • Seksyan 124B Kanun Keseksaan (berkaitan kesalahan  menggugat demokrasi berparlimen) 
  • Seksyen 298-298A Kanun Keseksaan (melukai perasaan agama) o Seksyen 504 Kanun Keseksaan (penghinaan yang disengajakan  dengan niat untuk mencetuskan pelanggaran keamanan)
  • Seksyen 505 Kanun Keseksaan (kenyataan yang mendatangkan khianat awam) 
  • Mereformasikan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) 
  • Seksyen 211 Kanun Keseksaan (peruntukan kandungan  menyinggung perasaan) 
  • Seksyen 233 Kanun Keseksaan (penghantaran komunikasi yang menyinggung perasaan) 
  • Meluaskan skop pembelaan dalam Akta Fitnah 1957; • Mempromosikan akses kepada maklumat; 
  • Menggubal undang-undang tanpa diskriminasi yang  komprehensif selaras dengan undang-undang dan piawaian hak  asasi manusia antarabangsa. Lihat, sebagai contoh: European Union Agency for Fundamental Rights and Council of Europe, Handbook on European non-discrimination law, 2018; 
  • Membangunkan, dengan penyertaan penuh dan berkesan  masyarakat sivil dan SUHAKAM, pelan tindakan nasional untuk  menggalakkan pendekatan inklusif, kepelbagaian, dan pluralisme,  termasuk dengan melaksanakan syor komprehensif yang  dikemukakan dalam Resolusi Majlis Hak Asasi Manusia 16/18 and  Pelan Tindakan Rabat, serta Prinsip-prinsip Camden dalam  Kebebasan Berekspresi dan Kesetaraan; 
  • Mencadangkan Akta Kesaksamaan Gender melukis definisi,  prinsip dan nilai daripada Konvensyen Tentang Penghapusan  Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) dan Syor Am Jawatankuasa CEDAW untuk menangani keganasan seksual  dan gender dan diskriminasi berasaskan gender di semua peringkat  dan dalam semua bentuk untuk kedua-dua warganegara dan bukan  warganegara; dan 
  • Memastikan perlindungan untuk individu daripada jenayah  bermotif berat sebelah, termasuk jenayah yang didorong oleh etnik,  kewarganegaraan, agama atau kepercayaan, atau orientasi seksual  atau identiti gender seseorang. 

Rujukan:

1 ARTICLE 19, ‘Implementing UN HRC Res 16/18 – A  framework for inclusivity, pluralism and diversity’, February  2017, https://www.article19.org/data/files/16_18_briefing_ONLINE.pdf

2 Resolusi Majlis Hak Asasi Manusia PBB 16/18 berkenaan  Memerangi sikap tidak bertoleransi, stereotaip negatif dan  stigmatisasi, dan diskriminasi, hasutan kepada keganasan, dan  keganasan terhadap orang berdasarkan agama atau kepercayaan (Resolution 16/18), A/HRC/Res/16/18, diterima pakai tanpa undi pada 24 Mac 2011. 

3 Pelan Tindakan PBB untuk Pemimpin Agama dan Actors  Mencegah Hasutan kepada Keganasan yang Boleh Membawa  kepada Jenayah Kekejaman, Julai 2017,  https://www.un.org/en/genocideprevention/documents/Plan%20of%20Action%20Advanced%20Copy.pdf

4 ibid, p 15. 

5 ARTICLE 19, Implementing UN HRC Res 16/18 – A  framework for inclusivity, pluralism and diversity, February  2017, February 2017, https://www.article19.org/data/files/16_18_briefing_ONLINE.pdf 

6 Pelan Tindakan PBB untuk Pemimpin Agama dan Actors Mencegah Hasutan kepada Keganasan yang Boleh Membawa  kepada Jenayah Kekejaman, Julai  2017, https://www.un.org/en/genocideprevention/documents/Plan%20of%20Action%20Advanced%20Copy.pdf

7 ibid, p 15. 

8 ARTICLE 19, Implementing UN HRC Res 16/18 – A  framework for inclusivity, pluralism and diversity, February  2017, https://www.article19.org/data/files/16_18_briefing_ONLINE.pdf 

9 Pelan Tindakan PBB untuk Pemimpin Agama dan Actors  Mencegah Hasutan kepada Keganasan yang Boleh Membawa  kepada Jenayah Kekejaman, Julai  2017, https://www.un.org/en/genocideprevention/documents/Plan%20of%20Action%20Advanced%20Copy.pdf

Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama antara Borneo Speaks dan ARTICLE 19. Untuk info lanjut mengenai ARTICLE 19, sila ikuti pautan https://www.article19.org/region/malaysia/.