Negaraku, but, Kibarkan bendera putih dikatakan hasutan terhadap kerajaan (jangan lupa kibarkan bendera biru!) Rakyat curi ikan dan sayur, pemimpin curi maruah rakyat

Join the #LAWAN protest. 31 July, Saturday, 11am Dataran Merdeka. For more information and updates, visit the #LAWAN Telegram Channel at https://t.me/LawanMsia

Artwork by Pangrok Sulap

Negaraku, but,
Kibarkan bendera putih dikatakan hasutan terhadap kerajaan (jangan lupa kibarkan bendera biru!)
Rakyat curi ikan dan sayur, pemimpin curi maruah rakyat
YB makan durian, rakyat makan kompaun dan doa (makanlah kita sampai kenyang muntah darah!)
Cirit pun nak dijadikan berita
Mati di lokap, mati di penjara (adakah kami bukan orang Malaysia, dibunuh kerajaan rasis?)
Parlimen gantung, gaji tetap jalan, rakyat tetap kebuluran
Undi rakyat dibuat mainan katak (hasilnya permainan ini negeriku merana)
Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972 (kita rakyat sudah kenyang makan akta!)
Empat kes bunuh diri setiap hari (kerajaan pemalas, kerajaan pembunuh!)

Negaraku. Ini Negaraku.
Wahai pemimpin, adakah ini masih Negara kamu?

Negaraku, but,
Jadi DPM tanpa undi rakyat (semua ada hati nak jadi PM, tapi tiada hati nak membantu rakyat!)
Larilah ke Turki, larilah ke hujung bumi, namun dosamu tetap mengekori
Lahir di Malaysia masih dikata pendatang (Anak “pendatang” yang bayar cukai, tidak dimasukkan UPU!)
300 ke masjid, 93 ke syurga dan 12,366 ke wad (SOP dah melayang masuk tong sampah ke?)
Doktor mengeluh dikata pemalas dan kejam (dibisukan dengan saman, disuap sisa cebisan kerajaan)
Saman YB yang buat kerja sebab kerajaan pemalas
Tak dapat masuk universiti sebab kerajaan pengecut (takut dengan aktivis pemudi lantang bersuara)
Sejak bila balai polis jadi Zouk? Sejak bila sidang parlimen jadi pasar malam?
Aktivis digelar penjenayah, kerajaan tetap mencekik kebenaran (takut ke?)

Negaraku, ini Negaraku.
Turunlah jika ini pun negara kamu.