Year: 2024

Tamatkan ucapan kebencian dan diskriminasi di Malaysia 

18 Jun, tarikh keramat Hari Antarabangsa untuk Melawan Ucapan Kebencian telah diraikan buat julung kalinya pada tahun 2022 selepas ia diisytiharkan  oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui resolusinya mengenai “menggalakkan dialog antara agama dan antara budaya serta toleransi dalam menentang ucapan kebencian” yang diterima pakai pada Julai 2021.

Resolusi itu mengiktiraf keperluan untuk menentang diskriminasi, xenofobia dan ucapan kebencian dan seterusnya menyeru semua pihak yang berkepentingan, untuk meningkatkan usaha mereka dalam menangani fenomena ini, selaras dengan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.